SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN

Sunday 5 May 2013

Jom Kenal Hutan Kita: Hutan Paya Bakau.



Hutan Paya Bakau


Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.

Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia.

Kepentingan hutan paya bakau:

1.  Hutan paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan ribut. Dipercayai kekerapan Bangladesh dilanda banjir adalah akibat kehilangan kawasan paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

2. Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan.

3. Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan ini ianya bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan.

4.  Dikebanyakan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau dikomersilkan dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan arang. Pengalaman menunjukkan bahawa jika aktiviti ini diurus dengan sempurna, ianya dapat menghasilkan barangan tanpa merosakkan hutan ini dengan teruk dan sementara itu ianya boleh mengekalkan sebagai nursery bagi hidupan laut.

Jom Kenal Hutan Kita: Hutan Gunung.



Hutan Gunung

Hutan gunung terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1200 meter. Hutan ini terdapat di Gunung Kinabalu, Gunung Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron dan Gunung Jerai. 

Kepadatan dan jenis tumbuh-tumbuhan gunung adalah berbeza-beza mengikut ketinggian:

a) di kawasan antara 1200 - 1800 meter:
    i) suhu yang nyaman menggalakkan pertumbuhan hutan montane bawah atau hutan daun luruh seperti oak dan laurel, serta  pkok epifit seperi paku- pakis dan orkid
    ii) hidupan liar :- konkang, musang, kucing batu, harimau dahan, katak, burung, serangga.

b) di kawasan antara 1800 - 2900 meter:
    i) ditumbuhi hutan montane atas
    ii) terdapat pokok-pokok tirus sepert pokok pain, sprus dan gelam gunung
    iii) angin kencang dan suhu lebih rendah menyebabkan pokok rendah (antara 1.5m hingga 1.8m tingginya)
    iv) terdapat tumbuhan jenis epifit seperti liken dan lumut, rafflesia, periuk kera dan pokok rhododendron;
    v) lantai yang lembap ditumbuhi lumut.
    vi) hidupan liar : beruang, tikus, serangga dan burung.

c) di kawasan antara 2900 - 3500 meter:
    i) ditumbuhi tumbuhan hampir alpain;
    ii) terdapat hutan campur jenis pokok kerdil dan rumput;
    iii) pokok renek konifer, rumput seperti jenis Low's Buttercup dan Bornean Eyebright serta periuk kera.
iv) hidupan liar : tupai, tikus dan serangga.

d) di kawasan yang melebihi 3500 meter:
     i) ditumbuhi tumbuhan alpain;
     ii) jarang terdapat tumbuhan;
     iii) terdapat semak samun renek seperti rhododendron, rumput dan orkid;
     iv) tumbuhan hampir alpain dan tumbuhan alpain hanya terdapat di Gunung Kinabalu.

Jom kenal hutan kita: Hutan Pantai.




Hutan pantai tumbuh subur di kawasan pantai yang berpasir. 

Hutan ini adalah malar hijau. Contoh pokok di hutan ini ialah seperti pokok kelapa, bintangor laut, jemerlang laut, mengkuang, pokok renek, ru dan tapak kuda. Tapak kuda adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai akar yang menjalar jauh kedalam  tanah untuk menguatkan cengkaman pokok. 

Ciri-ciri utama tumbuhan hutan ini adalah:
a) pokok-pokoknya mempunyai ketinggian yang berbeza;
b) mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar;
c) daun bebrbentuk silinder seperti pokok rhu;
d) batang pokok lurus dan tinggi seperti pokok rhu;
e) kulit batang pokok kasar dan mempunyai rekahan cetek seperti pokok rhu, kelat jambu laut dan pokok dungun;
f) akar yang merebak dan menjalar jauh kedalam tanah seperti pokok tapak kuda;
g) tumbuhan semula jadi berbeza mengikut jarak dari laut.


Hutan ini banyak terdapat di kawasan :
a) sepanjang Pantai Cahaya di Kelantan;
b) Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi;
c) Desaru di Johor;
d) Batu Feringgi di Pulau Pinang;
e) Pulau Talang-Talang di Sarawak.

Kepentingan hutan pantai:
a) Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.
b) Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
c) Kawasan rekreasi dan pelancongan.

Jom kenal hutan kita: Hutan Hujan Tropika.




1) Hutan Hujan Tropika

Hutan Hujan Tropika adalah hutan yang paling luas dan terpenting di Malaysia. Hutan ini meliputi kira-kira 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia. Kira-kira 46% daripada keluasan hutan ini terdapat di negeri Sarawak, 31 % di Semenanjung Malaysia dan 23% di negeri Sabah.

Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika:

1. Malar Hijau - pokok-pokok tidak menggugurkan semua daun pada masa yang sama
2. tumbuhan rapat-rapat dan tebal
3. menjadi habitat bagi hampir dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi
4. bercampur aduk - terdapat pelbagai spesies pokok yang tumbuh dalam satu kawasan
5. berakar banir, tumbuh berlapis-lapis dan mempunyai batang yang lurus dan tinggi
6. terdapat pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, keruing, merbau, balau, seraya dan kapur
7. terdapat empat lapisan yang nyata iaitu lapisan emergen, kanopi, tengah dan bawah.

Kepentingan hutan hujan tropika:

1. Habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia.
2. Tempat perlindungan semulajadi bagi orang-orang asli di kawasan pedalaman hutan. Mereka memburu bukan sahaja untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan malah sumber pendapatan seharian mereka
3. Kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-sungai.
4. Penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya.
5. Penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika

Hidupan di hutan hujan tropika:

Tumbuhan->
rotan, buluh, mengkuang dan pandan, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar. 

Haiwan->
badak, harimau bintang, tapir, sambur, pelanduk dan burung

Friday 3 May 2013

Tahukah anda?



Fakta tentang hutan di seluruh dunia:

1.  Satu kawasan hutan hujan bersaiz padang bola sepak sedang dimusnahkan setiap saat.

2.  Dalam masa kurang daripada 100 tahun, separuh daripada seluruh hutan seluruh dunia akan ditebang. Oleh itu, seluruh kawasan akan terdedah dan tidak dilindungi.

3.  Pokok buluh gergasi boleh membesar sehingga 9 inci sehari.

4. Pokok-pokok hutan hujan tropika begitu padat sehingga air hujan yang menitis pada kanopi boleh mengambil sehingga 10 minit untuk sampai ke tanah.

5.  Di hutan hujan lembap di Amerika Selatan, sloths bergerak begitu perlahan sehingga alga dapat tumbuh di bulu mereka dan mereka nampak kehijau-hijauan.


6.  Lebih daripada 5000 barang-barang dibuat dari pokok seperti, rumah, perabot, tiket wayang, buku-buku dan lain-lain.

7.  Hutan Afrika Tengah adalah rumah kepada lebih daripada 8,000 spesis tumbuhan yang berbeza.

9.  Lebih daripada 2,000 jenis spesis rama-rama yang ditemui di hutan hujan Amerika Selatan.

10. Satu-satunya hidupan tertua di dunia adalah pokok yang berusia 4,700 tahun,terletak di Amerika Syarikat. Ia telah tumbuh sejak orang-orang Mesir membina piramid.

9.  Lebih 300,000 ekar hutan telah dibakar di Indonesia Kalimantan Timur, dan lebih 5,000 orang mengalami penyakit berkaitan kabut .

11. 80% daripada bunga di hutan hujan Australia tidak dapat ditemui di tempat lain di dunia.

12. Hutan adalah 'paru-paru bumi. Mereka membekalkan kita dengan oksigen segar dan mengeluarkan CO2 dari atmosfera.