Hutan pantai tumbuh subur di kawasan pantai yang berpasir.
Hutan ini adalah malar hijau. Contoh pokok di hutan ini ialah seperti pokok kelapa, bintangor laut, jemerlang laut, mengkuang, pokok renek, ru dan tapak kuda. Tapak kuda adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai akar yang menjalar jauh kedalam tanah untuk menguatkan cengkaman pokok.
Ciri-ciri utama tumbuhan hutan ini adalah:
a) pokok-pokoknya mempunyai ketinggian yang berbeza;
b) mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar;
c) daun bebrbentuk silinder seperti pokok rhu;
d) batang pokok lurus dan tinggi seperti pokok rhu;
e) kulit batang pokok kasar dan mempunyai rekahan cetek seperti pokok rhu, kelat jambu laut dan pokok dungun;
f) akar yang merebak dan menjalar jauh kedalam tanah seperti pokok tapak kuda;
g) tumbuhan semula jadi berbeza mengikut jarak dari laut.
Hutan ini banyak terdapat di kawasan :
a) sepanjang Pantai Cahaya di Kelantan;
b) Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi;
c) Desaru di Johor;
d) Batu Feringgi di Pulau Pinang;
e) Pulau Talang-Talang di Sarawak.
Kepentingan hutan pantai:
a) Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.
b) Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
c) Kawasan rekreasi dan pelancongan.
No comments:
Post a Comment