SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN

Sunday 5 May 2013

Jom kenal hutan kita: Hutan Hujan Tropika.




1) Hutan Hujan Tropika

Hutan Hujan Tropika adalah hutan yang paling luas dan terpenting di Malaysia. Hutan ini meliputi kira-kira 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia. Kira-kira 46% daripada keluasan hutan ini terdapat di negeri Sarawak, 31 % di Semenanjung Malaysia dan 23% di negeri Sabah.

Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika:

1. Malar Hijau - pokok-pokok tidak menggugurkan semua daun pada masa yang sama
2. tumbuhan rapat-rapat dan tebal
3. menjadi habitat bagi hampir dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi
4. bercampur aduk - terdapat pelbagai spesies pokok yang tumbuh dalam satu kawasan
5. berakar banir, tumbuh berlapis-lapis dan mempunyai batang yang lurus dan tinggi
6. terdapat pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, keruing, merbau, balau, seraya dan kapur
7. terdapat empat lapisan yang nyata iaitu lapisan emergen, kanopi, tengah dan bawah.

Kepentingan hutan hujan tropika:

1. Habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia.
2. Tempat perlindungan semulajadi bagi orang-orang asli di kawasan pedalaman hutan. Mereka memburu bukan sahaja untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan malah sumber pendapatan seharian mereka
3. Kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-sungai.
4. Penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya.
5. Penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika

Hidupan di hutan hujan tropika:

Tumbuhan->
rotan, buluh, mengkuang dan pandan, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar. 

Haiwan->
badak, harimau bintang, tapir, sambur, pelanduk dan burung

No comments:

Post a Comment