SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN

Friday 26 April 2013

Ciri-ciri Hutan di Malaysia

1. Hutan Hujan Tropika

Tumbuh-tumbuhan di Hutan Hujan Tropika
  • Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit bukau dan lereng gunung.
  • Pokok tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian yang berbeza.
  • Pokok tegak, lurus, malar hijau dan berakar banir.
  • Pokok jenis kayu keras seperti meranti, cengal, keruing dan balau.
  • Tumbuh-tumbuhan lain seperti rotan dan buluh.






Haiwan di Hutan Hujan Tropika
  • Terdapat habitat untuk haiwan seperti rusa, harimau, gajah, beruang dan musang.
  • Pokok yang tinggi menjadi habitat untuk haiwan seperti kera, burung, lebah, kelawar dan tupai terbang.











 2. Hutan Paya

Tumbuh-tumbuhan di Hutan Paya
  • Tumbuh di kawasan pinggir laut dan muara sungai yang berlumpur.
  • Jenis pokok adalah seperti mengkuang, nipah, gelam, nibong dan paku-pakis.










Hidupan Liar di Hutan Paya
  • Terdapat ular,biawak,buaya,kera dan memerang.

















 3. Hutan Pantai

Tumbuh-tumbuhan di Hutan Pantai
  • Tumbuh di pinggir laut yang berpasir.
  • Pokok-pokoknya tahan tiupan angin dari laut.
  • Jenis pokok seperti pokok rhu,mengkuang laut dan pokok kelapa.








 
Hidupan liar di Hutan Pantai
  • Di pantai yang berlumpur ada ular.
  • Di hutan pokok rhu terdapat burung dan monyet.
















 4. Hutan Gunung

Tumbuh-tumbuhan di Hutan Gunung
  • Tumbuh-tumbuhan jenis bantut dan tumbuh jarang-jarang.
  • Pokok seperti laurel,paki-pakis,orkid dan periuk kera.










Hidupan liar di Hutan Gunung
  • Binatang berbulu panjang seperti tupai gunung, burung rajawali dan siamang.





3 comments:

  1. Saya ciri-ciri ulama hutan hutan sahaja.tak mau lain

    ReplyDelete
  2. Slots & video poker | DrmCAD
    Slots & video poker video 계룡 출장샵 poker at the 포항 출장마사지 MGM Grand in 진주 출장샵 Las 울산광역 출장마사지 Vegas, Nevada. Try our free version of Blackjack, Slots, Video Poker, 상주 출장안마 Blackjack,

    ReplyDelete