SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN...SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ROSLAN

Friday, 26 April 2013

Ciri-ciri Hutan di Malaysia

1. Hutan Hujan Tropika

Tumbuh-tumbuhan di Hutan Hujan Tropika
  • Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit bukau dan lereng gunung.
  • Pokok tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian yang berbeza.
  • Pokok tegak, lurus, malar hijau dan berakar banir.
  • Pokok jenis kayu keras seperti meranti, cengal, keruing dan balau.
  • Tumbuh-tumbuhan lain seperti rotan dan buluh.






Haiwan di Hutan Hujan Tropika
  • Terdapat habitat untuk haiwan seperti rusa, harimau, gajah, beruang dan musang.
  • Pokok yang tinggi menjadi habitat untuk haiwan seperti kera, burung, lebah, kelawar dan tupai terbang.











 2. Hutan Paya

Tumbuh-tumbuhan di Hutan Paya
  • Tumbuh di kawasan pinggir laut dan muara sungai yang berlumpur.
  • Jenis pokok adalah seperti mengkuang, nipah, gelam, nibong dan paku-pakis.










Hidupan Liar di Hutan Paya
  • Terdapat ular,biawak,buaya,kera dan memerang.

















 3. Hutan Pantai

Tumbuh-tumbuhan di Hutan Pantai
  • Tumbuh di pinggir laut yang berpasir.
  • Pokok-pokoknya tahan tiupan angin dari laut.
  • Jenis pokok seperti pokok rhu,mengkuang laut dan pokok kelapa.








 
Hidupan liar di Hutan Pantai
  • Di pantai yang berlumpur ada ular.
  • Di hutan pokok rhu terdapat burung dan monyet.
















 4. Hutan Gunung

Tumbuh-tumbuhan di Hutan Gunung
  • Tumbuh-tumbuhan jenis bantut dan tumbuh jarang-jarang.
  • Pokok seperti laurel,paki-pakis,orkid dan periuk kera.










Hidupan liar di Hutan Gunung
  • Binatang berbulu panjang seperti tupai gunung, burung rajawali dan siamang.





Thursday, 25 April 2013

Jenis-Jenis Hutan Semula Jadi di Malaysia.


1. Hutan Hujan Tropika

Berakar Banir

 

 

 

 


 

 

Jenis pokok kayu keras seperti cengal, jelutung dan keruing

 

2. Hutan Gunung

Hutan Gunung


  • Tumbuh dikawasan yang mempunyai ketinggian lebih 1000 kaki.

 

 

 

 

 


3. Hutan Pantai


 


 



 

 

 



Contoh tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Hutan Pantai


Hutan Paya Air Masin


  • Tumbuhan utamanya ialah pokok kayu bakau yang mempunyai akar yang berceracak

 

 

 

 

 

 
Hutan Paya Air Tawar


  • Hutan jenis ini terletak di kawasan berair  di kawasan pedalaman.


 

 

 

 

Tuesday, 23 April 2013

Cara-cara Melakukan Tekan Tubi

TEKAN TUBI

Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan. Tekan tubi menguatkan otot bahagian atas badan terutama deltoids, pectoralis major, dantriceps.

CARA-CARA TEKAN TUBI DENGAN BETUL

Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar.

  1. Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian torso badan diturunkan secara mendatar ke lantai. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu. Pada waktu ini bahagian tulang-tulang ditangan digunakan untuk menahan berat badan kita.
  2. Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita ke atas.Akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami  pergerakan.  
  3. Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah sepenuhnya mengangkat beban badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan
  4. Bahagian hadapan dan belakang badan di gunakan untuk menolak badan ke bawah secara mendatar. Bahagian tangan kita sepenuhnya digunakan untuk menahan berat badan kita sendiri ketika kita menurunkan badan secara mendatar ini.


 


   

Saturday, 13 April 2013

Berbangga menjadi sebahagian ahli keluarga Sk. Tualang Sekah!

Pada  bulan Julai 2011, saya telah menjadi sebahagian daripada keluarga Sk. Tualang Sekah sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan bersama-sama para pelajar.

Persaraan Guru Besar, En. Amir B. Abd. Rahman

Bersama gambar rakan setugas

Pertukarn Ust. Hisyamuddin ke Sk. Sultan Yussuf

Cik Mahfuzah "Di Alam Fana Cinta"

Maulidur Rasul

Pelajar Darjah 3 Sk. Tualang Sekah

KRS SK. Tualang Sekah

"Kiri", "Kanan", "Kiri"

"Dream Team" bola jaring 

"Budak Hebat+Comel"

Pertandingan di Arena Square, Batu Gajah.

"Ya, Cikgu Roslan"

Semua gambar ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai bagi saya. Walaupun banyak perbezaan antara pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dari segi layanan, pemikiran, pembelajaran dan perilaku tetapi saya anggap ini semua cabaran bagi persediaan di masa hadapan.